Walaupun jenama Seiko telah menunjukkan skil, kehebatan inovatif dan bakatnya dalam menghasilkan jam tangan yang elegan dan tahan lama, masih ramai yang tidak memberikan perhatian terhadap pembuat jam tangan ini. Salah satu sebabnya adalah, tidak seperti kebanyakkan rakan seangkatan dengannya, orang tidak menganggap jam tangan yang mereka hasilkan benar-benar Haute Horlogerie. Mengapa?Ini kerana harga bagi kebanyakkan produk mereka adalah tak beberapa berpatutan. Keadaan ini berlanjutan sejak sekian lama sehinggakan kebanyakannya mengakuinya sebagai satu kenyataan. Atas sebab ini, individu yang tidak mempunyai banyak pengetahuan tentang dunia pembuatan jam tangan, selalunya terkejut apabila mengetahui bahawa jam tangan vintaj Seiko merupakan antara koleksi yang paling dihormati oleh peminat jam tangan sejati! Memandangkan pendapat umum tentang jam tangan ini tidak begitu menarik, mengapakah jam tangan vintaj mereka menjadi antara koleksi yang paling banyak dicari? Berikut adalah beberapa alasannya!
Ia Memberikan Nilai Sebenar Untuk Wang Anda
Seiko dengan mudah menggabungkan dua sifat yang agak kompleks, iaitu kemampuan dan juga kualiti. Walaupun anda pasti akan menemui jam tangan vintaj Seiko yang mahal, Terdapat banyak lagi jam tangan yang boleh anda miliki tanpa perlu risau akan mengeringkan simpanan anda. Lebih menarik lagi, tidak kiralah berapa banyak anda melabur untuk jam tangan ini, ia akan memberikan pulangan berpatutan dari segi perkhidmatan sterling yang mereka berikan tanpa henti.
Penyelenggaraan Dan Pembaikan Yang Mudah
Sekiranya anda tertanya-tanya, mengapakah kebanyakkan pengumpul jam tangan vintaj jarang membiarkan anda mendekati barang berharga mereka ini, anda telah pun mendapat jawapannya! Dengan koleksi daripada pelbagai jenama jam tangan mewah lain, ketahanan menjadi masalah kerana ia sangat rapuh. Tapi, ini bukan satu masalah yang dibimbangkan oleh pemilik jam tangan vintaj Seiko. Kenapa? Kerana jam tangan yang dihasil ini perlu memudahkan pembaikan dan penyelenggaraan di pelbagai kedai servis jam tangan! Sangat memudahkan!
Pengekalan Nilai Hebat
Jam tangan vintaj Seiko menawarkan harga yang hampir mustahil berbanding jenama jam tangan yang lain! Dengan pembuat jam tangan jenama lain, tidak kiralah bagaimana anda merancang untuk menggunakan jam tangan tersebut, anda pasti akan kehilangan nilai. Sebagai contoh, jika anda membeli jam tangan Rolex bertujuan untuk memakainya secara harian, walaupun nilai jualan semula untuk produk tersebut mungkin meningkat dari masa ke semasa, anda berkemungkinan besar akan hilang ketepatan masa jam tangan itu. Sebaliknya, Swatch mungkin memberikan masa yang tepat untuk tempoh yang lebih lama, tapi ia tidak memberikan nilai jualan semula yang tinggi. Jam tangan vintaj Seiko, penyimpan masa yang sempurna untuk tempoh yang lama dan masih mempunyai nilai jualan semula yang baik, menjadikannya sesuai bagi pengumpul yang ingin menggunakannya dan kemudian menjualnya di kemudian hari!
Lambang Horologi Sejati
Telah wujud selama berabad lamanya, mereka telah menyempurnakan seni dan kraf pembuatan jam tangan, menjadikan mereka kuasa untuk dipertimbangkan jika anda menghargai aspek ketepatan masa dengan baik. Bagi pengumpul yang memang menghargai horologi, sesuatu koleksi itu tidak benar-benar lengkap jika ia tidak menampilkan Seiko vintaj. Peminat jam tangan sejati tidak pernah melepaskan peluang untuk mendapatkan Seiko vintaj kerana mereka memahami bahawa kualiti dan karekter yang diwakilinya bukannya sesuatu yang ada pada jam tangan lain. Produk ini menggabungkan sejarah, kecantikan dan fungsi dengan cara yang menarik walaupun untuk mereka yang berlagak pandai tentang jam tangan!